nasihat

Nasihat al-Humaira’

Isteri solehah- kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya adalah satu hadiah yang paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah swt buat para mukmin yang soleh..

Buat sahabatku yang akan menjadi Qurratul ‘Ain kepada pemilik blog ini (^_^),

More >

komitmen

Perjalananku dari Fard ke Bait 4

Komitmen

.

Kalimah ini kerap sekali kita dengar di dalam organsasi atau persatuan. Di mana pihak pimpinan organisasi sering mengeluh berkenaan tahap komitmen ahli yang rendah, ahli tidak memberi komitmen dalam gerak kerja organisasi dan banyak kali keluhan-keluhan yang biasa itu. Tapi, amat jarang kita dengar atau bangkitkan soal komitmen dalam perhubungan lelaki dan wanita, suami dan isteri.

Tidak ada yang beza, seorang lelaki dan wanita, yang berazam untuk mendirikan rumah tangga, bercita-cita untuk hidup bahagia sampai ke syurga, perlu juga ada komitmen untuk mecapai sasaran ke arah itu. Komitmen ini perlu ada di dalam hati kedua-duanya tanpa kompromi.

More >

ilmu

Perjalananku dari Fard ke Bait 3

Ilmu

.

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

“…supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

(Al-Mujadilah : 11)

.

Ilmu merupakan satu perkara yang penting yang mesti dicari dan dimiliki oleh setiap manusia. Berdasarkan ayat di atas, di mana Allah akan mengangkat orang yang berilmu di samping orang yang beriman, menunjukkan betapa pentingnya kehebatan orang yang berilmu pengetahuan di sisi Allah. Bahkan ayat yang pertama turun kepada baginda S.A.W juga berkaitan dengan membaca.

Di dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini, ilmu merupakan alat yang penting bagi diri manusia dalam menentukan antara haq dan yang batil, benar dan palsu, halal dan haram dan sebagainya. Begitu juga dalam kita menghadapi alam pernikahan dan rumah tangga, ilmu merupakan aspek yang penting yang wajib dimiliki oleh pasangan yang akan menghadapinya.

Itulah sebabnya penulis mengetengahkan soal ilmu di dalam ankronim NIKAH selepas Nawaitu.

More >

niat

Perjalananku dari Fard ke Bait 2

Nawaitu

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan

.

Itulah antara petikan dari hadis pertama dari kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi. Imam Nawawi meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama di dalam kitabnya, menunjukkan peri pentingnya niat seseorang itu yang akan memberi kesan kepada amalannya.

Dari segi ibadah kita dapat lihat, niat merupakan rukun pertama yang mengesahkan ibadah yang kita lakukan itu. Jika kita ingin berwudhuk, niatlah rukun yang mula-mula disyaratkan sebelum membasuh muka hingga membasuh kaki. Jika ingin solat sekali pun, jika kita berniat untuk solat Isya’ tapi sebenarnya kita solat Maghrib, maka batal lah solat kita itu. Jika ingin melakukan haji, jika kita sudah berniat ihram, maka di saat itu kita sudah dilarang melakukan perkara-perkara yang dilakukan dilakukan sewaktu ihram.

Begitulah antara peri pentingnya niat atau nawaitu ini di dalam ibadah kita.

More >

poster sembang santai

Sembang Santai bersama Bob Lokman

nantikanku-di-batas-waktu

Perjalananku dari Fard ke Bait

Pengenalan

.

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah (Al-Dzariyat: 49)

Salah satu kebesaran ciptaan Allah ialah Dia menciptakan semua ciptaanNya dengan berpasang-pasangan. Oleh sebab itulah, telah menjadi fitrah manusia untuk cenderung lawan jantinanya sama ada lelaki kepada perempuan dan juga perempuan kepada lelaki.

Indahnya Islam ini bukan hanya sebagai agama ritual, tapi sebagai satu cara hidup, ia sudah menggariskan beberapa panduan untuk kita dalam memandu kecenderungan kita itu ke jalan yang baik untuk diri kita.

More >

wanita

Wanita dalam lipatan sejarah

Bagi bangsa Yunani, wanita adalah kotoran dan setengah dari wujud syaitan kerana ia harus menanggung kerana ia harus menanggung dosa moyangnya, Hawa.

Bagi bangsa Romawi, wanita dianggap seperti tawanan yang boleh diperlakukan sesuka hatinya.

Dalam hukum Hamurabi, wanita dipandang tidak lebih sekadar barang mainan seperti kenderaan dan lainnya.

More >

  • Mohon jasa baik pengunjung laman ini untuk menegur, membetul dan mengkritik apa sahaja kesilapan dan kesalahan dalam penulisan penulis. Jika ada sebarang kemusykilan khususnya dalam bab agama, janganlah teragak-agak untuk terus bertanya kepada mereka yang lebih alim. Wallahua'alam

  • Renungan 61

    وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

    And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He has put love and mercy between your (hearts); verily in that are Signs for those who reflect.

    Al-Room: 21

  • Ta’aruf


    ShoutMix chat widget
  • Tweets

    Follow me on Twitter!
  • Tarikh Penting

    26 Rabi'ulawal 1370 A.H.
    3 Jamadilakhir 1380 A.H.
    16 Jamadilakhir 1402 A.H.
    15 MuHarram 1404 A.H.
    21 MuHarram 1407 A.H.
    4 Jamadilawal 1408 A.H.
    10 SHa`baan 1412 A.H.